Ada keperluan hal digital ditumpu dalam satu kementerian - Fahmi

2023-12-17 311

Ada keperluan hal digital ditumpu dalam satu kementerian - Fahmi

Fahmi Fadzil membidas komen segelintir pihak yang mengaitkan dirinya gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) hingga menyebabkan kementerian itu dipisahkan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Menteri Komunikasi itu turut menafikan dakwaan pengasingan kementerian tersebut dibuat bagi menyelamatkan nyawa politiknya.

Sebaliknya beliau berkata, keputusan tersebut dibuat menerusi perbincangan bersama pasukan perdana menteri selepas mendapati terdapat keperluan hal ehwal digital ditumpukan dalam satu kementerian.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/640060/berita/politik/kementerian-komunikasi-dan-digital-dipisah-bukan-sebab-fahmi-fadzil-lemah

#BeritaMojo #SinarHarian #SinarTerkini #FahmiFadzil #KementerianKomunikasi