Perkembangan tanah runtuh di Puchong.
Insiden di Taman Wawasan, Puchong pada Sabtu itu mengakibatkan sembilan rumah terpaksa dikosongkan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, ia membabitkan seramai 29 penghuni di mana mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan SEMENTARA (PPS) di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Bandar Puteri.
Katanya, keputusan dibuat atas faktor keselamatan memandangkan sembilan buah rumah itu terletak berhampiran kawasan tanah runtuh.