Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang baru dilantik sebagai Menteri Kewangan II memulakan tugas secara rasmi pada Selasa petang. Beliau tiba di Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya sejurus selesai Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia dan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Negara.