Mereka ialah Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong; Menteri Perladangan dan Komiditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; dan Menteri Kewangan ii, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Turut mengangkat sumpah ialah M Kulasegaran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi); Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Datuk Ramanan Ramakrishnan (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan koperasi); Wong Kah Woh (Timbalan Menteri Pendidikan); serta Senator Dr Zulkifli bin Hasan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama).