Amazon Web Services (AWS) memberikan tumpuan khusus untuk meningkatkan ekosistem Bank Digital di Malaysia. Dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI di Sidang AWS Reinvent di Las Vegas, Pengurus Negara AWS Malaysia, Pete Murray, menyatakan bahawa teknologi awan adalah penyelesaian utama untuk menyediakan perkhidmatan kepada segmen masyarakat yang kurang mendapat akses kepada perbankan melalui bank digital.