Isu perubahan iklim global harus ditangani berdasarkan prinsip tanggungjawab bersama tetapi dibezakan atau 'Common but Differenciated Responsibilities (CBDR) oleh semua negara.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika menyampaikan kenyataan negara sempena Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) pada Sabtu berkata, Malaysia telah dan sedang melaksanakan pelbagai perkara dalam mencapai aspirasi rendah karbon 2030 dan karbon sifar 2050.