Semua menu RM1 hingga RM3 sahaja
Berita Mojo 9 Disember 2023
Tidak dinafikan segala kos termasuklah harga barangan dilihat telah meningkat susulan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.
Berikutan itu, seorang Pengurus Pusat Komuniti Desa Serting Ilir di sini mengambil keputusan membantu usahawan bimbingannya menjana pendapatan melalui jualan berkonsepkan vendor di Pintu Gerbang Homestay Lonek dengan syarat harganya RM1 hingga RM3 sahaja.
Pengurus berkenaan Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar, 32, berkata, setakat ini terdapat 62 jenis menu makanan seperti makanan berat, masakan barat, kek dan manisan berada di gerainya sejak ia dibuka pada pertengahan bulan lalu.
ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/638805/edisi/melaka-ns/semua-menu-rm1-hingga-rm3-sahaja
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini