Makcik Kemboja pakai baju merah, tangan bergari datang mahkamah kes hina Melayu

2023-12-07 75

Usahawan kontroversi Mariyah Yaakob atau Makcik Kemboja tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, kira-kira pukul 9 pagi Khamis.

Mariyah, 47, bersama anak lelakinya Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, dibawa dalam keadaan bergari bagi menghadapi pertuduhan membuat kenyataan dan memulakan komunikasi jelik dengan menghina orang di media sosial, bulan lalu.

Bagaimanapun menerusi prosiding di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail, Mariah mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mariyah dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.