SEPANJANG 17 tahun bergelar anak seni, Alif Satar satu nama yang cukup terkenal dalam industri lakonan

2023-12-07 3,673

Alif Satar Jawab Soalan Cepu Emas

SEPANJANG 17 tahun bergelar anak seni, Alif Satar satu nama yang cukup terkenal dalam industri lakonan.

Berilah apa sahaja watak, pasti akan dibawakan dengan cukup baik dan meninggalkan kesan kepada pemonton.

Suami kesayangan Shadila Halid itu juga cukup disenangi ramai. Manakan tidaknya, beliau seorang yang low profil biarpun sudah terbang tinggi dalam industri seni.

Kesibukan dengan urusan kerjaya tidak membuatkan bapa kepada tiga cahaya mata itu melepaskan tanggungjawab kepada isteri untuk menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak.

Dedah tuan punya badan, air tangan beliau sentiasa didamba anak-anak dan isteri. Apa agaknya menu tersebut?

Ketahui apa reaksi yang selalu Alif lakukan jika terlupa janji dengan anak-anak?

Selain itu, anak seni berbakat besar itu turut berkongsi pandangan mengenai bagaimana beliau menjadi seorang yang kalis kecaman?

Ketahui jawapan lelaki yang mendapat jolokan 'husband material' itu menerusi video yang dikongsikan ini.

Personaliti: MUHAMMAD ALIF MOHD SATAR (@alifsatar)
Teks/ video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)