Doktor swasta berdepan 10 pertuduhan pemalsuan sijil vaksinasi Covid-19
BERITA MOJO 6 DISEMBER 2023
Seorang doktor sebuah klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang atas dakwaan memalsukan sijil vaksinasi Covid-19 pelanggannya dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Tertuduh, Muhamad Reze Rashid, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas 10 pertuduhan ke atasnya dibacakan dihadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai pengamal perubatan didakwa dengan sengaja dan dengan niat membuat catatan palsu tentang status penerimaan vaksinasi dalam sistem myprivate vaksin yang mana adalah milik syarikat Pharmaniaga Berhad.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/638301/berita/semasa/doktor-didakwa-palsukan-sijil-vaksinasi-covid-19
Muzik: Elevate/bensound.com
#SinarHarian #BeritaMojo #SinarTerkini #Vaksin