Skim lantikan Gred 19 perlu berubah selepas 73 tahun - MTUC
BERITA MOJO 30 NOVEMBER 2023
Skim perkhidmatan pembantu tadbir perlu disemak dan ditambah baik melalui sistem saraan baharu berikutan ia masih kekal pada gred lantikan 19 sejak hampir 73 tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Johor, Nor Azura Md Amin.
Naib Presiden (Sektor Awam) Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Asman Mohd Nawawi berkata, syarat kelayakan lantikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak sejajar dengan peningkatan taraf pendidikan pada masa kini.
Beliau berkata, dalam kalangan penjawat awam kini sudah ada yang memiliki diploma, sarjana muda, sarjana sehingga doktor falsafah (PHD).
Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/637358/berita/nasional/skim-lantikan-gred-19-perlu-berubah-selepas-73-tahun---mtuc
Muzik: Elevate daripada www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini