Tan Sri Johari Abdul mengingatkan Ahli Parlimen untuk membawa suara rakyat, berbanding kepentingan politik dalam perbahasan dewan rakyat. Menurutnya ada sesetengah ahli parlimen terbawa-bawa gaya syarahan parti politik, yang kurang sesuai untuk dibahas di Dewan Rakyat yang lebih mementingkan fakta dan solusi.