Keputusan amah, suami bunuh majikan ditetapkan 11 Disember

2023-11-29 7,862

Keputusan amah, suami bunuh majikan ditetapkan 11 Disember

BERITA MOJO 29 NOVEMBER 2023

Hukuman terhadap amah dan suaminya yang membunuh majikan mereka, tiga tahun lalu akan diputuskan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 11 Disember nanti, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas warga Indonesia, Ekalia dan Bartolomeus Fransceda masing-masing 23 tahun, menukar pengakuan mereka kepada bersalah pada Rabu.

Mengikut pertuduhan kedua-dua tertuduh secara bersama didakwa membunuh Lau Yen Na, 73, di sebuah rumah di Palm Resort, Senai, Kulai pada kira-kira jam 2 petang, 17 Mac 2019.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan 12 sebatan.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/637134/berita/semasa/keputusan-amah-suami-bunuh-majikan-ditetapkan-11-disember

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #KesBunuh #Majikan