Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) ditambah baik ke peringkat pengguna

2023-11-27 28

Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) berhenti di peringkat peruncit dan sedang ditambah baik untuk sampai ke peringkat pengguna.

"Oleh kerana ia sistem (ECOSS) subsidi bersifat pukal, maka kementerian setakat ini tidak dapat mengukur jumlah isi rumah dan peniaga mikro yang menerima agihan," kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, Fuziah Salleh.