Muhyiddin tidak pertahan jawatan Presiden Bersatu

2023-11-24 211

BERITA SEMASA 24 NOVEMBER 2023

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan beliau tidak akan pertahan jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan akan datang.

"Ini kali terakhir saya berdiri di sini.

"Saya mohon ampun maaf, sekiranya melakukan kesalahan atau kesilapan sepanjang memimpin parti. Jagalah parti kita baik-baik...," katanya pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada Jumaat.