Rundingan masih berjalan di peringkat jawatankuasa kerja

2023-11-23 6

Dua mesyuarat masing-masing satu di Sarawak dan satu di Sabah telah diadakan bagi perundingan untuk meningkatkan perwakilan Parlimen Sarawak kepada 35 peratus.

Timbalan Menteri Undang-Undang, Ma63 dan Hubungan Persekutuan Negeri, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, rundingan tersebut bagaimanapun masih di peringkat jawatankuasa kerja.