Padah lempar sos cili, mekanik didenda RM3,000
BERITA MOJO 22 NOVEMBER 2023
Seorang mekanik didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu atas pertuduhan khianat dengan melempar sos cili ke perkarangan rumah seorang peminjam wang, hujung bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Majistret Syed Farid Syed Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Kok Kar Wei, 23, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara lima bulan jika tertuduh gagal membayarnya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas dengan sengaja melakukan khianat iaitu melemparkan plastik yang mengandungi cecair cili merah ke rumah seorang lelaki berusia 55 tahun.
Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/635868/berita/semasa/padah-lempar-sos-cili-mekanik-didenda-rm3000
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #Khianat #PeminjamWang