Kedai Kopi Klasik Kemaman imbau nostalgia

2023-11-22 518

Kedai Kopi Klasik Kemaman imbau nostalgia

BERITA MOJO 22 NOVEMBER 2023

Luarannya kelihatan seperti teratak usang yang sudah lama ditinggalkan, namun siapa sangka ia sebenarnya sebuah kedai makan berkonsepkan retro dan klasik, lapor wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar.

Lebih unik sebelum melangkah masuk ke dalam kedai berkenaan, pelanggan disajikan dengan hiasan pelbagai barangan antik antaranya botol, basikal dan gambar-gambar zaman silam yang mengimbau kenangan pada era 80-an.

Kedai Kopi Klasik Kemaman terletak di Jalan Abdul Aziz, Chukai, Terengganu ini sememangnya mencuri tumpuan serta menjadi daya tarikan orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/635094/edisi/terengganu/kedai-kopi-klasik-kemaman-imbau-nostalgia

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #KedaiKopi #BaranganAntik

Free Traffic Exchange