Tak boleh berhentikan pekerja cuti bersalin, sakit sebab hamil - KSM

2023-11-22 2,433

BERITA SEMASA 22 NOVEMBER 2023

Kementerian Sumber Manusia (KSM) menegaskan majikan tidak boleh sama sekali memberikan notis penamatan perkhidmatan kepada pekerja wanita yang cuti disebabkan hamil atau cuti bersalin.

Timbalan Menteri KSM, Datuk Mustapha Sakmud berkata, menurut peruntukan Seksyen 41 (A) Akta Kerja 1955, tindakan akan diambil kepada mana-mana majikan yang memberhentikan pekerja wanita yang cuti kerana hamil atau cuti bersalin.