Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan bermula Isnin ini dijangka bakal melakar sejarah tersendiri dengan pembentangan dua Rang Undang-Undang (RUU) yang tidak pernah dibentangkan sebelum ini di mana-mana persidangan DUN di negara ini.
Speaker Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar berkata, Rang Undang-Undang Ombudsman 2023 dan RUU Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Rumah Hijau) 2023, akan menjadi antara lima RUU yang akan dibentangkan dalam persidangan lapan hari itu.