Bicara 1MDB: Jasmine jumpa Jho Low bersama pegawai 1MDB di China

2023-11-16 21

Mengikut kes pendakwaan, Fasa Tanore merujuk kepada fasa pertama iaitu RM2.081 bilion dikreditkan ke akaun Najib menerusi AmPrivate Banking – MR daripada akaun Falcon Private Bank, Singapura atas nama Tanore Finance Corp, antara 21 Mac dan 10 April 2013, di mana ia dikesan pada bon dikeluarkan 1MDB Global Investment Limited.