Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata sudah tiba masanya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mempertimbang untuk membentuk kerjasama ketenteraan persis Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Jelasnya, bentuk kerjasama ini akan membolehkan tindakan dan bantuan berbentuk ketenteraan digerakkan demi mewujudkan keamanan global.