Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata kebergantungan sebahagian negara-negara Islam kepada teknologi dan bekalan ketenteraan daripada Amerika Syarikat merupakan punca yang merencatkan usaha membantu Palestin. Jelasnya, ketidakstabilan di Timur Tengah menyebabkan negara-negara tersebut meletakkan isu keselamatan dan pertahanan domestik sebagai keutamaan.