Ruginya kalau tak datang HPPNK 2023

2023-11-11 8

Ruginya kalau tak datang HPPNK 2023

Semalam baru hari pertama meriahnya tak terkata. Masuk hari kedua sudah pasti kemeriahannya berganda. Terlalu banyak benda menarik ada di sini.

Orang Ipoh dan kawasan sekitarnya wajib datang kerana anda bakal dikejutkan dengan banyak perkara. Bukan setakat pameran agroteknologi yang hebat, Jualan Agro MADANI serta jualan pelbagai produk pertanian dengan harga tak masuk akal pun ada.

Di HPPNK 2023 anak-anak anda pasti teruja menemui haiwan ternakan yang comel dan bersaiz sado.

Melalui segmen Agro Millenia pastinya E-Sport menjadi tumpuan anak-anak muda dan untuk kaki makan di sinilah tempatnya anda mencuba pelbagai makanan citarasa Perak dan makanan viral Malaysia.

Jangan lupa malam ini, MADANI Agro-Light iaitu perarakan Night Parade yang menampilkan jentera berhias. Memang gempak!

Jadi hari ini anda wajib datang ke HPPNK 2023 bertempat di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh dan pasti anda akan akan pulang dengan seribu kemanisan.


Kredit Muzik: Forever - TINAMINA