Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari berkata, 75 peratus penghantaran merupakan makanan dan selebihnya adalah keperluan bayi, selimut, beg tidur dan sedikit bekalan perubatan.
Katanya, kesemua barangan yang dikumpulkan gabungan NGO di bawah Ops Ihsan adalah seberat 50 tan bernilai RM7 juta dan ia merupakan sumbangan daripada rakyat Malaysia.