Petisyen PRU15: Ramasamy tarik diri, akur kemenangan PH

2023-11-08 1

Petisyen PRU15: Ramasamy tarik diri, akur kemenangan PH

BERITA MOJO 8 NOVEMBER 2023

Mahkamah Pilihan Raya di Seremban pada Rabu membenarkan permohonan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Tan Sri M Ramasamy untuk membatalkan petisyennya bagi mencabar kemenangan calon Pakatan Harapan (PH), R. Yuneswaran di Parlimen Segamat, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli

Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Rohani Ismail yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Ramasamy, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Muhammad Shafee memaklumkan, pempetisyen menarik balik keseluruhan petisyen terhadap responden pertama, kedua dan ketiga di bawah Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Rohani turut memaklumkan tiada perintah mengenai kos dikenakan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/633667/berita/semasa/petisyen-pru15-ramasamy-tarik-diri-akur-kemenangan-ph

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #PetisyenPRU15 #PH #MahkamahPilihanRaya #BarisanNasional #BN #PRU15 #Pakatan Harapan