518 mangsa penipuan pekerjaan berjaya dibawa pulang

2023-11-08 34

BERITA SEMASA 8 NOVEMBER 2023

Seramai 704 mangsa penipuan sindiket pekerjaan di luar negara yang dikesan mendaftar dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) dengan 518 daripadanya berjaya dibawa pulang oleh kerajaan, setakat Jumaat lalu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, pihaknya memohon kerjasama semua pihak, termasuk mangsa supaya mendaftar dengan pihak berwajib, susulan lebih 2,000 dilaporkan berada di luar negara akibat ditipu sindiket hingga kini.

Pihak kementerian juga sedang berusaha mengenal pasti 26 mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang berada di Laukkaing, Myanmar untuk dibawa pulang dengan selamat.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen