Malaysia tidak iktiraf RUU Amerika Syarikat – PM Anwar

2023-11-07 1,743

BERITA SEMASA 7 NOVEMBER 2023

Malaysia tegas untuk tidak mengiktiraf undang-undang Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan untuk menekan mana-mana pihak termasuk kerajaan negara lain menyalurkan bantuan kepada Hamas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RUU yang disebut sebagai RUU Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas itu, memperlihatkan unsur ugutan kepada pihak yang ingin membantu rakyat Palestin yang telah lama ditindas rejim Israel.

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen