Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengakui wujud kenaikan harga ayam di beberapa lokaliti tertentu di Sabah.Menurut Pemangku Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, bagaimanapun pemantauan KPDN mendapati wujud juga kekeliruan berhubung dakwaan sesetengah pihak mengenai kenaikan harga ayam di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berbanding Semenanjung.