BULETIN TIKTOK 6 NOVEMBER 2023
Tindakan pengawal keselamatan membelasah penghantar barangan berasal dari Sabah di sebuah bangunan dekat Persiaran Tun Razak, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, atas alasan perbezaan loghat disifatkan pencabulan terhadap integrasi nasional di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda berkata, alasan pengawal keselamatan terbabit tidak boleh diterima kerana semua rakyat Malaysia, seharusnya tahu perbezaan loghat di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung memandangkan usia negara ini sudah menjangkau 60 tahun.
Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co
#SinarHarian #BuletinTikTok #Sabah