Hamid Ketua Pengarah Maritim Malaysia baharu, berkuatkuasa hari ini

2023-11-06 15

Laksamana Maritim, Datuk Hamid Mohd Amin telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang keenam berkuatkuasa 6 November 2023. Maritim Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, beliau menggantikan Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som yang bersara wajib pada Mac lalu.