Ramasamy kalah saman, bayar RM1.52 juta kepada Dr Zakir Naik
BERITA MOJO 2 NOVEMBER 2023
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis, memerintahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada penceramah dari India, Dr Zakir Naik, dalam masa 30 hari, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim, Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan demikian selepas mendapati Dr Zakir berjaya memenuhi tiga elemen fitnah yang dilemparkan pemimpin DAP itu, empat tahun lalu.
Samasa prosiding, peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Dr Zakir, memberitahu mahkamah, anak guamnya tidak dapat hadir kerana berada di Nigeria untuk majlis ceramah sehingga 5 November ini.
Justeru itu katanya, Dr Zakir menghadiri prosiding ini secara dalam talian, menerusi aplikasi Zoom.
Pada Oktober dan Disember 2019, Zakir memfailkan dua saman berasingan mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan memfitnahnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/632637/berita/semasa/ramasamy-kalah-saman-bayar-lebih-rm1-juta-kepada-zakir-naik
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo