Tiada kenaikan pada hari pertama pengapungan harga ayam

2023-11-01 15

Tiada peningkatan harga direkodkan pada hari pertama penamatan subsidi dan kawalan harga ayam negara di tiga negeri iaitu di Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Ia berdasarkan tinjauan yang dijalankan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) selepas kerajaan mengambil keputusan untuk melepaskan harga kawalan ayam.