Perjuang isu Palestin, Malaysia terima tiga notis AS

2023-10-31 2

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri mendedahkan Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) disebabkan pendirian tegas negara dalam isu Palestin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kementerian luar menerima dua notis tata tindak pada 13 dan 30 Oktober lepas, dan satu lagi kepada Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat kerana keengganan Malaysia melabel Hamas sebagai pengganas.

Begitupun, beliau tidak memperincikan tarikh satu lagi notis rasmi yang dihantar terus kepada Duta Besar Malaysia di Washington.

#IsraelCuak