Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
BERITA MOJO 27 OKTOBER 2023
Mahkamah Pilihan Raya Melaka, pada Jumaat, membatalkan dan menolak petisyen yang mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Masjid Tanah, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Abu Bakar Katar yang menolak petisyen difailkan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid bagi mencabar kemenangan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kerusi Parlimen berkenaan atas dakwaan rasuah
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/631688/berita/semasa/mas-ermieyati-kekal-ahli-parlimen-masjid-tanah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo