Pertuduhan dibuat tergesa-gesa - Wan Saiful

2023-10-25 1

BERITA SEMASA 25 OKTOBER 2023

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dibuat secara tergesa-gesa apabila beliau dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) selama 30 minit sebelum dituduh kembali di kamar mahkamah berbeza.

Terdahulu, Wan Saiful hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM6 juta.

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #WanSaiful