Sedihnya Zizi Kirana keguguran, tak tahu diri sedang hamil

2023-10-24 22

Belum ada rezeki memiliki cahaya mata, penyanyi Zizi Kirana mendedahkan mengalami keguguran pada awal Disember 2021 ketika kandungan berusia dua bulan.

Reda dengan apa yang telah berlaku, Zizi dan suaminya iaitu Yusuf Bahrin berkata mereka bersedia untuk menimang cahaya mata pada bila-bila masa.

Kata Zizi, dia tidak mendedahkan kisah kehamilan ini kerana ia terlalu peribadi baginya.