AWANI Pagi: Dadah dan Teknologi

2023-10-23 8

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan menganjurkan Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK) 2023 pada 26 Oktober (Khamis) bermula jam 8 pagi hingga 5 petang bertempat di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

SSPDK 2023 yang mengangkat tema ‘Mendakap Teknologi, Melindungi Masyarakat Malaysia Dari Dadah’ akan melibatkan 40 pembentangan selari iaitu masing-masing 10 bagi trek teras pencegahan AADK, teras rawatan dan pemulihan AADK, teras Penguatkuasaan AADK dan trek komuniti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).