Nasib Iskandar Dzulkarnain ditentukan Khamis ini - Muhyiddin

2023-10-22 1

Nasib Iskandar Dzulkarnain ditentukan Khamis ini - Muhyiddin

BERITA SEMASA 22 OKTOBER 2023

Nasib Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain yang bertindak memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan akan ditentukan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Khamis ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk menetapkan mesyuarat MPT diadakan pada tarikh berkenaan.

Jelasnya, mesyuarat itu akan membincangkan tindakan disiplin terhadap Iskandar Dzulkarnain susulan kenyataannya yang melanggar peraturan dan disiplin parti.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630683/berita/politik/nasib-iskandar-dzulkarnain-ditentukan-khamis-ini---muhyiddin

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian