Pembantu kedai dihukum penjara memiliki video pornografi kanak-kanak

2023-10-20 59

Seorang pembantu kedai ubat tradisional dihukum penjara enam bulan dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan, selepas disabitkan kesalahan memiliki 19,011 dokumen melibatkan video dan gambar pornografi kanak-kanak, Mei lalu.

Majistret, T. Ashvinii menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Liew Ming Hui, 24, mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan.