Menangis minta tak dikenakan hukuman penjara

2023-10-19 25

Menangis minta tak dikenakan hukuman penjara

BERITA MOJO 19 OKTOBER 2023

Seorang pemilik syarikat ejen penjualan dan penyelenggaran penapis air menangis teresak-esak di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis ketika merayu tidak dikenakan hukuman penjara atas pertuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan Borang B dalam tempoh lima tahun membabitkan nilai cukai pendapatan RM90,606.43, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Menurut Noorzadila Saman, dia mengaku tidak menghantar penyata pendapatan kerana tidak arif mengenainya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Mengikut pertuduhan, orang kena saman(OKS) gagal mengemukakan penyata pendapatan dalam Borang B bagi tahun taksiran 2017 hingga 2021 pada atau sebelum 30 Jun pada tahun berikutnya kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dengan tiada sebab munasabah yang membabitkan pendapatan bercukai berjumlah RM 646,498.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630180/berita/semasa/mengaku-tak-kemuka-penyata-pendapatan-wanita-rayu-tidak-dipenjara

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo