Subsidi ayam, telur bukan untuk orang asing, 'maha kaya' - PM

2023-10-17 4

BERITA SEMASA 17 OKTOBER 2023

Pendekatan terkini dalam pemberian subsidi ayam dan telur memberi keuntungan kepada 3.05 juta orang asing dan golongan 'maha kaya'.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan perbelanjaan subsidi ayam dan telur bernilai RM3.7 bilion akan digunakan kepada golongan yang berhak mendapatkan manfaatnya.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang bertanyakan apakah jaminan kerajaan dengan mengapungkan harga ayam dan telur tidak memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Subsidi #PM #AnwarIbrahim