'Jambatan sudah tidak selamat, akan dirobohkan'- Exco
BERITA MOJO 12 OKTOBER 2023
Jambatan utiliti bersebelahan jambatan baharu Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang akan dirobohkan selepas berlaku kejadian runtuhan membabitkan sebahagian struktur jambatan berkenaan pada 17 Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pembinaan jambatan baharu menelan kos RM14 juta bermula sejak 2019 itu tidak akan tergendala dan dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun hadapan.
Jelasnya, kerja-kerja merobohkan jambatan utiliti servis akan dilakukan sebelum hujung bulan ini atas faktor keselamatan penduduk Kampung.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/628842/edisi/johor/jambatan-sudah-tidak-selamat-akan-dirobohkan
Muzik: Elevate dari bensound.com
#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa