Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin berkata kerajaan perlu membentangkan perincian mengenai Dasar Gaji Progresif semasa pembentangan Belanjawan 2024 akan datang. Jelasnya, menaikkan gaji rakyat adalah tindakan paling pantas untuk membebaskan rakyat daripada terus dihimpit isu kos sara hidup ketika ini.