Gaji progresif atasi isu kenaikan kos sara hidup
Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah melahirkan keyakinan bahawa negara berada dalam landasan yang tepat untuk memastikan dasar gaji progresif dapat dilaksanakan untuk kebaikan golongan pekerja.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Kewangan dan Ekonomi menyifatkan apa yang berlaku pada hari ini ialah gaji tidak meningkat seiring dengan kenaikan harga barang menyebabkan timbul masalah kos sara hidup.
Beliau berkata demikian dalam program Wacana Sinar siri ke-416 bertajuk “Potongan kek ekonomi lebih adil?” di semua platform digital Sinar Harian.
UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:
Youtube: https://bitly.ws/WXLL
Facebook: https://bitly.ws/WXLE
Twitter: https://bitly.ws/WXLz
Portal: https://bitly.ws/WXLt
#SinarHarian #WacanaSinarHarian #WacanaSinar #EkonomiMalaysia #Bajet2024 #Belanjawan2024 #BelanjawanMadani