Kedai makan didakwa kenakan bayaran mahal diambil tindakan

2023-10-05 11

BULETIN TIKTOK 5 OKTOBER 2023

Kedai makanan laut di bandar raya Johor Baharu didakwa mengenakan bayaran mahal diberi notis oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo, berkata, tindakan diambil mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna iaitu harga yang mengelirukan.

Beliau berkata, premis juga diberi notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 supaya mengemukakan maklumat untuk pengiraan pencatutan.

Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co

#SinarHarian #BuletinTikTok #EkinMawi