Pekebun mengaku tidak bersalah tetak abang kandung
BERITA MOJO 5 OKTOBER 2023
Seorang pekebun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bharu pada Khamis atas pertuduhan menetak abang kandung sehingga parah menggunakan parang di Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor, pada minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Zulhisham Isahak.
Tertuduh, Azmi M Taib membuat pengakuan tersebut dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim VM Mabel Sheela.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap abang kandungnya, Sazali M Taib dengan sebilah parang panjang yang boleh menyebabkan kematian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/282568/berita/semasa/pekebun-mengaku-tidak-bersalah-tetak-abang-kandung
Muzik: Elevate dari bensound.com
#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa