Pengarah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Mohd Rafii Yusop berkata ada keperluan untuk menimbangkan penubuhan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) bagi menggantikan BERNAS. Jelasnya, negara memerlukan satu agensi penguatkuasaan khusus bagi memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi.