Jerebu: Sebarang tindakan diambil perlu berdasarkan PTJK - Nik Nazmi

2023-10-03 64

Kerajaan akan mengambil tindakan berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bertambah teruk. Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad, sebarang keputusan akan diambil oleh kementerian dan agensi berkaitan berdasarkan pelan berkenaan.