Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru umat Islam di negara ini mengelak daripada menyebar fitnah yang akhirnya mengugat kestabilan dan keharmonian negara.
Titah Baginda, akhlak mulia rasullah telah membawa Islam menjadi kuasa besar serta tamadun yang hebat di dunia.
Namun fenomena fitnah selepas kewafatan Rasullah menyebabkan kejatuhan dan keruntuhan kuasa besar dunia.